Wednesday, 30 November 2011

#014: empat


kasih
kesatkanlah airmata
ku dah tiba

kasih
percayalah aku kan ada
sampai tua

ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu

mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut

kasih
biarkanlah apa saja
takdir kita

kasih
pegangkanlah jariku lama
sampai tua

ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu

mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut

dan malam takkan berhenti menghirup nyawamu kasih
dan siang akan berterus meratahmu sampai bersih
aman saja aku ada
dihirupratah pun tetap berpimpinan berdua

sampai tua
aku ada
sampai tua

takkan ku takut

- sampai tua, fynn jamal

terima kasih masih sudi berdiri di sebelah & belakang bu untuk sambut semua jatuh bu.
terima kasih untuk trofi yang akan dibawa sampai mati, anak kita.
terima kasih untuk semuanya.

happy 4th anniversary.
i love you, sayang.

Thursday, 3 November 2011

#013: saya okay


perhatian: sila baca atas tanggungjawab sendiri. segala terasa hati atau tersentap, penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab.

aku tak baca paper. hujung minggu kalau aku balik seremban, aku baca sebab bapak aku beli. kalau dekat rumah aku, memang tak beli paper. dekat pejabat pun aku jarang buka paper online. tumpang sikit-sikit menyampuk kalau ada isu yang best-best.

itu hari aku baca dekat twitter pasal seksualiti merdeka. seksualiti merdeka ni nak adakan perhimpunan besar-besaran yang terdiri dari kalangan orang-orang yang seksual orientednya ialah lesbian, gay, bi dan transgendered. dekat mana dan bila dorang yang buat perhimpunan ni, aku tak tahu. tapi motif perhimpunan ini adalah untuk menghalalkan lesbian, gay, bi dan transgendered di malaysia. yes, di negara yang so-called negara islam ni.

aku tak ada buat research pasal ni. aku banyak baca tweet pasal seksualiti merdeka ni, kebanyakannya ramai yang mula melontarkan ayat yang bukan-bukan terhadap orang-orang alim ulama yang membantah sekeras-kerasnya perhimpunan ni. ada yang kata lesbian, gay, bi dan transgendered ni tak mengancam negara. jenayah yang banyak berlaku bukan datang dari golongan ini dan bla bla bla bla bla. malas nak taip.

sini. aku bagitau awal-awal. ilmu aku baik dunia atau akhirat, baik tentang negara atau agama, memang cetek. tapi secara dasarnya, aku masih lagi tahu apa itu halal dan haram. apa itu dosa dan pahala. apa itu syurga dan neraka. aku takkan google hadis-hadis berkenaan golongan ni, atau quotes any surah pasal berkenaan lesbian, gay, bi dan transgendered ni.

satu aku nak cakap, sudahlah. tak payahlah nak buat perhimpunan untuk menghalalkan seksual oriented kau. jujurnya, aku ada a few kawan dari golongan lesbian, gay dan transgendered. bi belum ada lagi. aku tak ada masalah dengan seksual oriented dorang dan aku tak pernah pertikaikan walau sedikit. dah kalau itu jalan yang kau pilih, siapa aku nak mempersoalkan? siapa aku nak berdakwah dengan panjang lebar tentang halal haram, dosa pahala pada kawan aku yang golongan macam ni? aku ni ilmu tak banyak, salah cakap merana diri. aku terima seadanya kawan-kawan aku yang golongan macam ni, tapi get back to agama, people. islam hendaknya.

dah termaktub dalam al-quran yang bersetubuh sesama jantina ini adalah haram hukumnya. kalau dah haram haruslah berdosa. enough said.

dah terang lagi bersuluh apa yang kau pilih itu adalah salah. jangan kau tegakkan dengan undang-undang dunia yang mengatakan orang macam kau punya hak untuk bersuara segala. memang kau ada hak untuk bersuara, tapi siapa kau untuk menukar hukum allah? siapa kau untuk ingkar segala yang allah dah aturkan?

ramai rakyat sekarang yang boleh terima keadaan lesbian, gay, bi dan transgendered ni. ramai sangat. cukuplah tu. tak payahlah kau nak buat perhimpunan pulak untuk halalkan benda yang terang-terang allah bagitau ianya adalah haram. cukuplah negara kita ni macam-macam jenayah dan jenis manusia yang ada. janganlah ditambah lagi dengan perkara-perkara macam ni.

janganlah sibuk kau nak berpaksikan undang-undang dunia ni, duk laungkan tentang kebebasan segala-galanya. baliklah pada allah, pada islam. rujuk dari situ, yang paling tepatnya.

<3 aku still akan berkawan dengan sesiapa saja, tapi menyokong perhimpunan ni, adalah tidak sama sekali.