Wednesday, 30 November 2011

#014: empat


kasih
kesatkanlah airmata
ku dah tiba

kasih
percayalah aku kan ada
sampai tua

ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu

mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut

kasih
biarkanlah apa saja
takdir kita

kasih
pegangkanlah jariku lama
sampai tua

ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu

mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut

dan malam takkan berhenti menghirup nyawamu kasih
dan siang akan berterus meratahmu sampai bersih
aman saja aku ada
dihirupratah pun tetap berpimpinan berdua

sampai tua
aku ada
sampai tua

takkan ku takut

- sampai tua, fynn jamal

terima kasih masih sudi berdiri di sebelah & belakang bu untuk sambut semua jatuh bu.
terima kasih untuk trofi yang akan dibawa sampai mati, anak kita.
terima kasih untuk semuanya.

happy 4th anniversary.
i love you, sayang.

Thursday, 3 November 2011

#013: saya okay


perhatian: sila baca atas tanggungjawab sendiri. segala terasa hati atau tersentap, penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab.

aku tak baca paper. hujung minggu kalau aku balik seremban, aku baca sebab bapak aku beli. kalau dekat rumah aku, memang tak beli paper. dekat pejabat pun aku jarang buka paper online. tumpang sikit-sikit menyampuk kalau ada isu yang best-best.

itu hari aku baca dekat twitter pasal seksualiti merdeka. seksualiti merdeka ni nak adakan perhimpunan besar-besaran yang terdiri dari kalangan orang-orang yang seksual orientednya ialah lesbian, gay, bi dan transgendered. dekat mana dan bila dorang yang buat perhimpunan ni, aku tak tahu. tapi motif perhimpunan ini adalah untuk menghalalkan lesbian, gay, bi dan transgendered di malaysia. yes, di negara yang so-called negara islam ni.

aku tak ada buat research pasal ni. aku banyak baca tweet pasal seksualiti merdeka ni, kebanyakannya ramai yang mula melontarkan ayat yang bukan-bukan terhadap orang-orang alim ulama yang membantah sekeras-kerasnya perhimpunan ni. ada yang kata lesbian, gay, bi dan transgendered ni tak mengancam negara. jenayah yang banyak berlaku bukan datang dari golongan ini dan bla bla bla bla bla. malas nak taip.

sini. aku bagitau awal-awal. ilmu aku baik dunia atau akhirat, baik tentang negara atau agama, memang cetek. tapi secara dasarnya, aku masih lagi tahu apa itu halal dan haram. apa itu dosa dan pahala. apa itu syurga dan neraka. aku takkan google hadis-hadis berkenaan golongan ni, atau quotes any surah pasal berkenaan lesbian, gay, bi dan transgendered ni.

satu aku nak cakap, sudahlah. tak payahlah nak buat perhimpunan untuk menghalalkan seksual oriented kau. jujurnya, aku ada a few kawan dari golongan lesbian, gay dan transgendered. bi belum ada lagi. aku tak ada masalah dengan seksual oriented dorang dan aku tak pernah pertikaikan walau sedikit. dah kalau itu jalan yang kau pilih, siapa aku nak mempersoalkan? siapa aku nak berdakwah dengan panjang lebar tentang halal haram, dosa pahala pada kawan aku yang golongan macam ni? aku ni ilmu tak banyak, salah cakap merana diri. aku terima seadanya kawan-kawan aku yang golongan macam ni, tapi get back to agama, people. islam hendaknya.

dah termaktub dalam al-quran yang bersetubuh sesama jantina ini adalah haram hukumnya. kalau dah haram haruslah berdosa. enough said.

dah terang lagi bersuluh apa yang kau pilih itu adalah salah. jangan kau tegakkan dengan undang-undang dunia yang mengatakan orang macam kau punya hak untuk bersuara segala. memang kau ada hak untuk bersuara, tapi siapa kau untuk menukar hukum allah? siapa kau untuk ingkar segala yang allah dah aturkan?

ramai rakyat sekarang yang boleh terima keadaan lesbian, gay, bi dan transgendered ni. ramai sangat. cukuplah tu. tak payahlah kau nak buat perhimpunan pulak untuk halalkan benda yang terang-terang allah bagitau ianya adalah haram. cukuplah negara kita ni macam-macam jenayah dan jenis manusia yang ada. janganlah ditambah lagi dengan perkara-perkara macam ni.

janganlah sibuk kau nak berpaksikan undang-undang dunia ni, duk laungkan tentang kebebasan segala-galanya. baliklah pada allah, pada islam. rujuk dari situ, yang paling tepatnya.

<3 aku still akan berkawan dengan sesiapa saja, tapi menyokong perhimpunan ni, adalah tidak sama sekali.

Friday, 28 October 2011

#012: semoga berjaya

source: google
aku taknak edit gambar ni macam gambar yang sebelum-sebelum ni. sebab nak naikkan semangat tengok warna kuning. =D

aku doakan negeri sembilan berjaya merangkul lagi sekali piala malaysia. tiga tahun berturut-turut beb masuk final.

<3 see uols this saturday. aku tengok tv je. tiket mahal. (T__T)

Tuesday, 25 October 2011

#011: percaya?


percaya. siapa ada trust issues disini? 

aku rasa semua orang berhadapan dengan masalah ni. baru-baru ni aku ada bertwitter dengan a few junior aku masa belajar dulu. junior semester je. umur sama je pun. :) borak punya borak terbuka cerita pasal ex-roommate aku masa aku semester 1 dulu. dorang cakap, dulu dorang percaya semua cerita yang ex-roommate (aku gelarkan di f lah ye?) ceritakan. macam mana dia kenal dengan bekas suami dia, dia kahwin, dia cerai. sampai timbul rasa kesian. and timbul rasa simpati bila f ni cerita pasal aku yang bukan-bukan. dorang bukan simpati dengan aku, tapi simpati dengan f.

semua cerita aku yang f ceritakan dekat dorang, of courselah yang buruk-buruk saja. well, been there done that. aku dah rasa benda ni semua dari sekolah lagi. being a famous girl in school/polytechnic is not a good thing tho. cheyyy. dandan femes uols. 

seriously, aku dulu bukan jenis mesra dengan semua orang. bukan baru bercakap dengan orang tu 1 hari, dah mesra-mesra tetiba cas-cas jadi bff. no. so not me. junior aku tu pun cakap, muka aku dulu berlagak macam minta kena cerca. haha. so funny. yeap. she's right. aku bukan jenis lalu sebelah tetiba senyum dengan orang walaupun orang tu satu course dengan aku atau whateverlah. 

so, dekat sini aku nak cerita pasal percayakan? kejadah lew melalut sampai ke situ tu? ok get back to the real story. cerita-cerita yang aku dengar dari mulut junior ni, aku kesal sikitlah. sebab f ni dulu boleh dikategorikan sebagai bff aku. susah senang dia sama aku. susah senang aku sama dia. korang semua ada bffkan? korang mesti akan cerita a to z pasal sejarah hidup korang, sebab korang rasa percaya tu ada. kau percaya dengan kawan baik kau. dengan harapan segala beban masalah kau kurang sikit bila dah berkongsi dengan orang yang paling kau percaya.

tapi, kita selalu lupa. yang orang kita terlampau percayakan tu adalah seorang manusia. yang hatinya bukan boleh kita duga. 1 minit dia baik dengan kau, 1 minit kemudian boleh jadi dialah manusia yang paling kejam kau rasa. tapi bila aku fikir-fikir balik, aku kawan dengan f dah lama. ada a few things yang memang dari dulu dah buat aku hilang percaya dengan f. so, aku tak terkejut bila junior aku bagitau bila f cerita buruk pasal aku belakang aku.

terkejut tu memang tak. tapi kesal tu ada. kesal sebab aku ingatkan lepas apa yang terjadi dalam hidup dia, dengan kematian mak, berkahwin, bercerai and berkahwin balik, aku betul-betul ingat dia dah berubah. berubah jadi orang yang lebih baik. i am totally wrong. 101% wrong. dia takkan pernah berubah. bila junior aku dah cerita macam tu, aku buka profile fb dia. knowing me, aku memang jarang buka profile fb orang sebab aku tak rasa kenapa mesti aku buka profile fb orang lain. jadi kali ni exception. aku buka profile dia. aku tengok semua gambar dia. aku browse semua status yang dia up. tetiba aku dah jadi stalker.

and timbul rasa kesian dengan dia. walaupun dia sedaya upaya tunjuk dekat mata dunia yang hidup dia sekarang lebih bahagia and lebih segala-galanya dari kawan-kawan yang lain, aku tetap rasa kesian sebab percubaan dia tak membuahkan hasil langsung. dia bahagia dengan suami baru dia, yes, mungkin dia bahagia. bab itu aku taknak sentuh. tapi cara dia menunjuk-nunjuk kebendaan yang dia ada kononnya hidup dia sekarang terlebih stabil, terlebih kukuh dan terlebih segalanya dari kawan-kawan belajar dia dulu, tetap tak pernah berubah.

entahlah. aku pun tak tahu macam mana nak describe. dia baik juga dengan aku sekarang. tapi rasa percaya tu dah tak ada. sampaikan semua yang dia cerita dekat fb dia, aku rasa dia menipu. itu aku. sekali aku dah bagi kepercayaan pada kau, jangan sekali-kali jahanamkan. sebab sekali aku dah tak percaya dengan orang, kau cerita ahli keluarga kau meninggal pun takkan tinggalkan kesan dekat hati aku. ye. itu aku. 

aku tak tau korang semua macam mana. tapi 1 yang aku harap untuk semua yang ada bff ni. term zaman sekarang ni bff yedop? sikit-sikit bff. time sayang semua puji melangit. time bergaduh, semua kudis dalam kain semua ditayang. kalau ada dikalangan kawan-kawan kau yang bercerita tentang masalah/sejarah hidup dia, simpan kemas-kemas dalam hati kau. jangan sekali-kali bila kau bergaduh dengan kawan kau, kau berniat nak bocorkan segala aib dia. hidup ni umpama roda, kawan-kawan. sekali kau rasa kau tinggi melangit, ingatlah bumi kita ni ada graviti. sikit masa kau akan jatuh ke bawah. silap-silap kau jatuh siap patah segala tulang nanti.

percaya dengan janji allah. sekali kau buka aib manusia lainnya, nescaya aib kau akan terbuka juga akhirnya. lambat atau cepat je yang menjadi persoalan. pasal cerita aku dulu tu, takpelah. aku halalkan segala cerita buruk aku yang f pernah cerita dekat orang lain. looking back, i am no angel tho. aku ni manusia biasa. nak-nak zaman muda aku dulu, semua benda aku nak cuba, semua benda aku nak buat. ada sesetengah perlakuan aku yang aku menyesal sangat bila aku fikir-fikir balik, tapi ada sesetengahnya aku sanggup ulang semula semua sejarah yang pernah jadi dulu.

aku berterima kasih dengan suami aku. walaupun orang kata perempuan baik untuk lelaki yang baik and perempuan jahat untuk lelaki yang jahat, aku percaya allah tu tak kejam dengan hambanya. walau jahat macam manapun aku dulu, aku berterima kasih dengan suami aku sebab sudi terima cacat cela aku, sebab sudi jadi kelebihan diatas setiap kekurangan aku. dan yang paling penting, sebab sanggup percayakan aku yang jahat ni.

well, f. ni sikit aku nak cakap dengan kau. i believe in karma. one day, karma will bite you in the ass when you not expecting it. 

<3 toodloo.