Wednesday, 21 September 2011

#002: walked away


orang tanya kenapa?

aku tak ada jawapan untuk semua pertanyaan. aku cuma rasa ini yang aku perlu buat, jadi aku buat. aku tak pandai nak huraikan kenapa. ini yang aku nak, maka ini yang kau akan terima. 

entah. entah kenapa perasaan aku sekarang lebih kepada berdiam diri. aku rasa aku tak patut buka setiap satu ruang rongga di badan aku untuk tontonan umum. aku tak rasa seronok dengan mempamerkan setiap inci tubuh badan ni. 

lama aku fikir. patut atau tidak? baru semalam, di hari lahir aku, aku punya kekuatan untuk katakan pada diri aku, ini yang sepatutnya. 

apa perlu diikutkan trend semasa, kalau kau tak tenang?

aku harap kau boleh terima aku yang baru. baru di muka ini. di sini. bukan di sini. *tunjuk hati* 

aku masih yang dulu. cuma angin perubahan aku sekarang, lebih selesa yang begini.

<3 aku harap kau suka. 

No comments: