Thursday, 22 September 2011

#003: perubahan diri


25 tahun hidup. 

selama suku abad aku berenang dalam laut dunia ni, berjuta kali aku jatuh, bangun, jatuh, bangun dan berterusan begitu sehingga habis nyawa aku. aku hidup di jalanan. pengalaman yang aku kutip di setiap persimpangan, aku jadikan pengawal untuk mengawal diri aku ke jalan yang sepatutnya.

orang selalu pandang rendah dengan aku. semuanya atas sebab aku ni terlalu muda untuk memahami dunia. atas sebab hidup aku selama suku abad ini boleh dikatakan baru sebakul kecil pengalaman nak dibandingkan dengan orang yang hidupnya telah masuk setengah abad.

pengalaman hidup, tuan dan puan. bukan dinilai dari segi umur. aku setuju apalah sangat aku hidup selama 25 tahun ni. paling kurang selama 17 tahun aku hidup ditanggung mak bapa. ya. aku mengaku. jauh bezanya pengalaman aku yang hidup 25 tahun ni dengan pengalaman hidup bapa aku yang dah pun 66 tahun. 

maksud aku disini, pengalaman masa jatuh. masa kau berada di tahap paling bangsat di mata orang. pengalaman masa kau adalah manusia yang paling lemah antara orang lain. 

jujur aku katakan, selama 25 tahun ni, aku jumpa bermacam-macam jenis manusia. yang baik, yang jahat, yang jahat luar tapi baik dalamnya, yang baik luaran tapi busuk dalamnya. manusia-manusia macam ni yang aku jumpa, buat aku bertekad dalam diri untuk lakukan satu perubahan dalam hidup aku.

aku bersyukur pada allah, sebab dia bukakan pintu hati aku di usia muda. dia datangkan jodoh aku di saat umur aku baru masuk 20 tahun. aku tahu tuhan tak suka aku buat maksiat. dia cepatkan jodoh aku. dia tahu aku perempuan jahat, dia hulurkan aku lelaki sebaik suami aku. 

aku mengaku dekat sini, aku develop diri aku menjadi seorang manusia yang beragama islam yang agak konsisten sejak 2 tahun lepas kelahiran anak aku. bukan mak bapa aku tak terapkan nilai-nilai islam dalam diri aku sejak kecil, tapi jarang sangat ditegur. aku tak salahkan mak bapa aku sebab lekakan tentang satu itu. walaupun mak bapa aku tak menekan soal itu, aku tetap belajar agama di sekolah. tapi kenapa aku tak taat?

segala perubahan, sila rujuk pada satu ini. hati.

perubahan tu bagus. elok selagi kau berubah ke arah kebaikan. tapi 1 aku pesan. betulkan niat dalam hati kau kalau kau nak berubah. segala tindak tanduk dan perlakuan yang kau lakukan samada secara sedar atau tidak, segalanya berpunca dari hati. hati ni yang menggerakkan setiap anggota tubuh badan kau.

aku jumpa ramai orang keliling aku yang dahulunya sebangsat aku, yang sekarang ni alhamdullillah, 100% berubah ke arah yang lebih baik. aku selesa macam tu. dan masih aku punya kawan yang masih sebangsat dulu, tapi aku tak pernah pinggirkan dan dia pun tak pernah pinggirkan aku. apa perlu aku pinggirkan orang yang bangsat sama macam aku dulu semata aku dah pakai tudung?

beza aku dengan orang sebangsat itu tak banyak. yang bezanya aku cuba melakukan 1 perubahan dalam diri aku tapi dia tidak. tapi aku di mata allah tetap sama dengan manusia lainnya. jujur 1, aku belum pernah tegur kawan-kawan untuk berubah. sebab aku sedar di tahap mana aku ni. ilmu aku belum cukup untuk bagi panduan pada kawan-kawan aku. aku takut bila aku tegur, akan timbul perasaan riak yang kononnya aku ni dah jadi mulia di mata allah.

hidup ni terlalu singkat. kalau betul kau nak berubah, kau ubah diri kau dulu betul-betul sebelum kau teringin sangat nak ubah hidup seseorang. menegur kesalahan manusia lain itu tak salah, tapi biar kena dengan caranya. bukan dengan cara kau keluarkan segala hadis nabi, tapi kau sendiri sedar yang kau sendiri tak pernah ikut segala ajaran hadis tu. bukan dengan cara kau tunjukkan secara luaran yang kau sebenarnya dah berubah, tapi hati kau tetap sama busuk macam dulu.

sebelum kau nak ubah luaran kau, nasihat aku, ubah yang satu itu. hati. niat. bila kau berubah secara luaran, tapi hati dan niat kau tetap sama, manusia lain tetap boleh rasa betapa tak ikhlasnya kau melakukan perubahan. kau tak perlu bermuka-muka. kalau hati dan niat kau betul, insyaallah orang rasa.

<3 sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan - ali bin abi thalib r.a.

1 comment: